Topic :Hentikan tuntut UiTM untuk semua kaum 
Author :marwan  Date :2008-07-24 01:26:09
Mana-mana orang bukan Melayu yang cuba menuntut supaya Universiti Teknologi Mara (UiTM) dibuka kepada semua kaum diingatkan agar menghentikan sahaja hasrat tersebut.

Tokoh pendidik, Tan Sri Abdul Rahman Arshad (gambar) berkata, walaupun setakat ini belum ada yang secara terbuka menuntutnya, namun kemungkinan wujud cubaan ke arah itu adalah sesuatu yang tidak boleh diketepikan.

Ketika dihubungi di sini hari ini, beliau berkata, sebagai sebuah institusi pendidikan orang Melayu, UiTM sudah tentu mempunyai sejarah panjang kepada perjuangan dan pengorbanan orang Melayu.

Menurut beliau, tentu sekali keharmonian negara boleh terjejas jika kedudukan UiTM disentuh.

"Mungkin selepas Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), timbul pula soal biasiswa (Jabatan Perkhidmatan Awam). Jadi, tidak mustahil lepas ini, ada yang minta UiTM buka pintu kepada bukan Melayu pula.

"Namun, jangan ingat bila minta itu dapat, minta ini dapat, UiTM pula hendak dijadikan sasaran. Jika ada yang bergerak ke arah itu, saya nasihatkan hentikanlah saja.

 
| Add Comment |
COMMENTS