Topic :Angkasawan Negara inspirasi pelajar 
Author :marwan  Date :2008-07-24 01:20:28

ANGKASAWAN Negara, Dr. Sheikh Muszaphar Shukor menasihatkan pelajar supaya berani mencuba dan membuang rasa malu dalam usaha menjadikan impian satu kenyataan.

Menurut beliau, setiap pelajar mesti mempunyai kekuatan fizikal dan psikologikal dalam mengharungi pelbagai cabaran sebelum mencapai kejayaan sepertimana yang telah dibuktikan olehnya ketika proses pemilihan Program Angkasawan Negara.

"Daripada 11425 pemohon hanya empat yang layak ke peringkat akhir setelah melalui pelbagai proses saringan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada 1200 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Keramat (SMKTK), Kuala Lumpur sempena Program Jejak Gemilang anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu baru-baru ini.

 
| Add Comment |
COMMENTS
1. Saya setuju dengan ANGKASAWAN Negara Malaysia,Dr.Sheikh Muszaphar Shukor.Saya juga puas hati dengan nasihat Dr.Sheikh Muszaphar Shukor. 
 
 Posted by :ravikumar
 Date :2010-05-13 13:57:47